Next month JUN will be limited order.
SEJAK mula ditubuhkan 20 tahun yang lalu, Syarikat Encomas yang berpusat di Alor Setar, Kedah ini masih berpegang pada prinsip yang sama iaitu menjadikan pelanggan gembira serta berpuas hati dengan rumah yang dibina dan dijual kepada mereka.
Justeru, tidak hairanlah mengapa setiap unit rumah di bawah Encomas akan habis terjual dalam tempoh yang singkat bermula dari tarikh ia dilancarkan.
Pengarah Urusan Encomas, Datuk Rick Cheng berkata, mereka sangat menitikberatkan kualiti dan sentiasa berusaha membina kediaman yang praktikal serta mampu dimiliki untuk golongan yang berpendapatan rendah.
Menurutnya, sebagai contoh, harga bagi rumah teres di bawah kategori rumah mampu milik ditawarkan pada harga serendah RM190,000 dengan kelengkapan tandas dan tiga bilik tidur.
âKami faham keputusan membeli rumah melibatkan peruntukan yang besar bagi sesetengah individu. Jadi, kami mahu pelanggan berasa puas hati dengan pembelian yang mereka lakukan,â katanya kepada Sinar Harian.
Encomas juga menitikberatkan setiap aduan yang diterima oleh pelanggan terutamanya berkaitan masalah yang dihadapi selepas mereka menerima kunci rumah.
Bagi mengekalkan kualiti, setiap isu yang dibangkitkan oleh pembeli diambil berat supaya pelanggan tidak berdepan dengan masalah kemudian hari.
âTindakan ini membuktikan Encomas sentiasa menjaga kepuasan pelanggan dan menghargai pengorbanan mereka yang telah melaburkan wang dalam jumlah yang besar untuk membeli rumah,â katanya yang merupakan generasi ketiga dalam industri pembinaan.
Katanya, sebagai sebuah syarikat yang berasaskan keuntungan, mereka juga tidak terkecuali menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) untuk membantu komuniti setempat.
âMemandangkan kami adalah sebuah syarikat hartanah dan pembinaan, kami mengambil keputusan untuk menjalankan aktiviti CSR dalam bidang berkaitan antaranya membaik pulih jeti di Pekan Cina dan juga membina surau di beberapa lokasi.
âWalaupun beroperasi sebagai sebuah syarikat bukan Islam, namun program CSR kami tidak hanya tertumpu kepada sesuatu bangsa sahaja.
âUntuk pembinaan surau saya akan dapatkan pandangan dan kebenaran daripada imam surau yang terlibat supaya tidak timbul isu di kemudian hari.
âSetakat ini, terdapat empat surau yang dijalankan di bawah projek CSR iaitu dua daripadanya dibina sepenuhnya oleh Ecomas dan dua lagi menerusi sumbangan bahan binaan kerana terbengkalai terlalu lama,â katanya.
Sempena ulang tahun yang ke 20 Encomas, beliau berharap setiap rumah yang dibina oleh syarikat mereka sama ada jenis mampu milik, sederhana mewah atau mewah akan terus menjadi pilihan penduduk di negeri Perlis dan Kedah.
Encomas turut melebarkan sayap perniagaan mereka menerusi bidang lain antaranya Ladang Harumango di Chuping, Perlis dan pembukaan Caffe Diem di Pekan Cina, Alor Setar, Kedah.
âPada Jun tahun lalu, Encomas melalui Caffe Diem telah memenangi FIABCI World Prix DâExcellence Award untuk kategori Bangunan Warisan Terbaik Dunia 2019. Saya hadir untuk menerima anugerah berkenaan di Moscow.
âIni merupakan anugerah pertama yang diterima oleh Kedah di peringkat antarabangsa dan pengiktirafan ini sudah semestinya menjadi satu platform untuk kami cuba melakukan yang lebih baik pada masa akan datang.
âMelihat sambutan baik yang kami terima untuk Caffe Diem, satu cawangan dicadangkan dibuka di Perlis selepas ini,â katanya yang menerima lebih 30 anugerah berprestij atas pencapaian syarikatnya.
Rick Cheng berkata, ketika negara dilanda pandemik Covid-19, syarikatnya turut terlibat menyumbang makanan kepada petugas barisan hadapan di pusat kuarantin di negeri ini ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.
âIni adalah sebahagian usaha kami untuk menzahirkan rasa terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus memerangi pandemik berkenaan di negeri ini,â katanya.
Anugerah yang diterima Encomas:
2020: MyCREST Award – 3 STAR
2020: Penghargaan Kecemerlangan Komuniti MBAS
2019: GreenRE Platinum Award
2019: FIABCI World Prix DâExcellence Award – World Silver Winner
2018: Malaysia Property Award
2018: The Brandlaureate Award
2017: The Best Contractor Award Grade G5 CIDB (Special Mention)
2017: Green Construction Award CIDB (Special Mention)
2017: PAM Award Silver
2017: Anugerah Pemuliharaan Bangunan Warisan MBAS
2017: BCI Asia Interior Design Awards
2017: Asia Pacific Property Awards
2016: GreenRE Silver Award
2016: PUMM 3rd Top 50 Enterprise Award
2015: Asia Pacific Property Awards
2014: Golden Eagle Award
2014: IAIR Award
2013: The Excellence of Achievement Award
2013: Sin Chew Business Excellence Award
2011: Asia Responsible Entrepreneurship Awards
2011: Asia Pacific International Honesty Enterprise Award
2010: SME 100 Awards
2010: SME Recognition Award
2010: Golden Bull Award
2010: Asia Pacific Top CEO Award
2010: Asia Pacific Entrepreneurship Award
2010: Asia Pacific International Entrepreneur Excellence Award
2009: SME Recognition Award
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/113831/BISNES/Encomas-tawan-hati-pelanggan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf